Anda berdiet tapi tak berhasil? Anda cuba pelbagai jenis
diet tetapi anda masih gagal melawan nafsu? Berat and masih tidak turun?
Terdapat beberapa program diet yang TIDAK BERHASIL
iaitu:
1. Diet Sup Kobis
Kaedah Yang Digunakan:
Ia diet ekstrim kerana boleh menurunkan berat badan secara
drastik dengan hanya mengambil sup kobis selama tujuh hari. Dengan menikmati
semangkuk sup kobis dengan pilihan makanan rendah kalori ia membantu
mengurangkan berat badan sebanyak 4.5kg.
Mengapa Tidak Berhasil:
Diet ini tidak disarankan kerana ia boleh menghilangkan
pelbagai nutrisi, kekurangan vitamin dan mineral. Ia juga merosakkan keindahan
rambut,kuku dan kulit.Selain itu, badan tidak akan mendapat apa-apa kalori,
perut akan masuk angin kerana diet yang sangat ketat dan menganggu sistem
pencernaan.
2. Diet Makanan Bayi
Kaedah yang Digunakan:
Teori diet ini menggantikan makanan yang biasa diambil
kepada ukuran makanan bayi atau makanan bayi. Contohnya, makanan yang dikisar,
bubur dan snek bayi. Melalui pengambilan makanan bayi, ia membantu untuk
mengelak makan terlalu banyak sehinggakan anda merasa kenyang, makan dalam
jumlah yang kecil.
Mengapa Tidak Berhasil:
Makanan bayi mungkin boleh menurunkan berat badan dengan
cepat tetapi makanan bayi tidak mampu memenuhi keperluan serat, protein,
karbohidrat dan kalsium pada orang dewasa. Walaupun cara ini tidak
berbahaya pada masa akan datang tetapi kesannya boleh mengakibatkan gangguan
otot tulang.
3. Diet Air
Kaedah Yang Digunakan:
Sepanjang hari, anda perlu minum air sebanyak 64 auns untuk
memberikan tenaga pada badan. Malah, kita memerlukan 12 kalori pada setiap
liter air. Jadi, seseorang yang melakukan diet air akan membakar kalori secara
semulajadi.
Mengapa Tidak Berhasil:
Secara teoriti, diet ini tidak masuk akal. Tidak dinafikan
dengan minum air yang banyak setiap hari dapat memberikan gaya hidup yang
sihat. Namun, tidak semua dapat mengikuti diet ini terutamanya pesakit jantung,
ginjal dan hati kerana ia mempunyai gangguan penyimpanan cairan dan ketidakseimbangan
elektrolit.
4. Diet Coklat Susu
Kaedah Yang Digunakan:
Diet ini dilakukan dengan cara minum tiga gelas susu coklat
sepanjang hari dengan pola pemakanan yang sihat. Gabungan kalsium,vitamin
D, protein, karbohidrat
dan senaman membantu seseorang tanpa perlu melakukan diet
lain. Selain itu, kombinasi protein dan karbohidrat akan membantu metabolisme
badan membakar
lemak.
Mengapa Tidak Berhasil:
Tidak ada bukti menunjukkan bahawa vitamin D atau kalsium
akan menyebabkan penurunan berat badan. Protein dan karbohidrat yang terdapat
dalam makanan pula digunakan untuk membantu badan selepas 30 minit
bersenam.
5. Diet Rendah Karbohidrat
Kaedah Yang Digunakan:
Tujuan diet ini adalah memaksa badan menggunakan lemak
sendiri sebagai sumber tenaga utama. Badan juga tidak banyak mengambil
karbohidrat sebaliknya diganti dengan makanan yang kaya protein.
Mengapa Tidak Berhasil:
Beberapa orang beranggapan satu keping daging lebih baik
daripada satu keping roti. Sebenarnya, pengambilan karbohidrat mestilah sesuai
dengan keperluan. Bagi wanita hamil, remaja dan pesakit diabetes, berhati-hati
dengan diet ini.
Penurunan karbohidrat akan merendahkan kadar insulin.
Tetapi, ia juga boleh mengakibatkan nafas berbau, kelelahan dan rasa mual.
The American Dietetic Association menyarankan mengambil 55-60% kalori dari
karbohidrat.
6. Diet Paleo
Kaedah Yang Digunakan:
Program ini berdasarkan diet kuno yang mengambil makanan
seperti sayuran, kacang-kacangan, buah-buahan dan daging. Anggapan mereka
bahawa masyarakat pra sejarah tidak mengalami penyakit ‘moden’ kerana
kurang kalori dalam makanan.
Mengapa Tidak Berhasil:
Secara umumnya, badan menghadkan pengambilan makanan
sehingga kekurangan susu, bijian dan kacangkacangan yang merupakan sumber
nutrisi penting untuk kesihatan badan.
7. Diet Haleluya
Kaedah Yang Digunakan:
Mengambil 85% semua sayuran mentah dan 15% daripada makanan
yang dimasak. Sayuran yang dimasak dalam bentuk kukus atau rebus. Ada juga yang
memasukkan sayuran ke dalam masakan.
Mengapa Tidak Berhasil:
Cara ini tidak sesuai bagi anda yang bukan penggemar diet
vegetarian.Kebanyakan pesakit hendaklah dipantau oleh pegawai kesihatan kerana
ia boleh menjadi anemia. Mengambil sayuran mentah bukan sahaja memberi kesan
kepada sistem pencernaan dan tidak ada juga bukti menunjukkan sayuran mentah
sangat efektif daripada sayur yang dimasak.
8. Diet 17 Hari
Kaedah Yang Digunakan:
Diet ini adalah untuk mengubah pola makan setiap 17 hari
sebelum badan dapat menerima kebiasaan makanan yang diambil dalam menjaga metabolisme.
Dimulakan dengan makanan rendah kalori. Kemudian, berubah kepada 1500 kalori
per hari dan tahap ketiga makan sesuka hati pada hujung minggu.
Mengapa Tidak Berhasil:
Usah keliru dengan idea dengan tidak makan pada hari biasa,
sebaliknya makan apa sahaja pada hujung minggu.
Malah, tidak ada bukti diet ini mempercepatkan
metabolisme badan. Jangan manjakan diri pada hujung minggu dan tidak salah anda
mengambil sedikit makanan yang disukai setiap hari asalkan dalam hidangan yang
kecil.
No comments:
Post a Comment