Friday 25 October 2013

Bagaimana Kedutan Pada Wajah Terjadi?

Tahukah anda sebenarnya proses penuaan mulai berlaku pada usia 25 Tahun? 

Apabila kita ketawa, tersenyum atau mengerutkan dahi, kulit akan mengerut sedikit. Tapi sewaktu muda, garis kerutan ini tidak kelihatan ketika kita selesai ketawa, tersenyum atau berkerut kerana kulit muda masih anjal. Namun seiring dengan pertambahan usia, kulit semakin hilang keanjalan disebabkan otot di bawah kulit yang semakin lemah dan disebabkan graviti, kulit yang melekat pada otot yang lemah tadi mulai kendur.

Selain itu, faktor gaya hidup (merokok, kurang tidur, pemakanan tidak seimbang), radikal bebas dari asap kenderaan, debu, air berklorin, persekitaran dengan cuaca yang tidak menentu serta pencemaran menyumbang kepada kerosakan kulit.

Asap rokok (sendiri hisap atau kena asap rokok dari orang lain) dan juga asap-asap pencemaran yang lain, merupakan sumber radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit dan mempercepatkan proses penuaan. Jadi, pada mana-mana wanita yang tidak kelihatan berkedut sebelum waktunya bataskan pergaulan anda dengan mereka yang merokok. Walaubagaimana pun, Pencemaran dari asap kenderaan memang payah untuk dihindari terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Wanita disarankan untuk mengamalkan pemakanan seimbang. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, ambil serat, pilih makanan rendah kalori dan tidak berminyak serta berprotein tinggi. Pengambilan vitamin atau makanan tambahan untuk menjaga kecantikan dan awet muda adalah lebih baik daripada kita mengambil suntikan atau melakukan pembedahan yang menyakitkan. Suntikan seperti botox atau pembedahan plastik pula adalah sama sekali tidak digalakkan kerana kesan sampingannya pada masa hadapan amat merbahaya.

Kekurangan air juga menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Kulit kering adalah lebih cenderung untuk mudah berkedut berbanding mereka yang mempunyai kulit berminyak. Apabila usia semakin meningkat, kulit juga biasanya akan menjadi kering.

Terdedah kepada sinaran UV juga menyumbang kepada penuaan kulit. Pakailah Krim Perlindungan Kulit yang mengandungi SPF35 dan ke atas tidak kira di luar rumah mahupun di luar rumah kerana radikal-radikal bebas sentiasa ada walaupun anda berada di dalam rumah. Dan lebih teruk lagi jika anda berada di luar rumah.


Dan akhir sekali, kurang tidur juga boleh menyebabkan penuaan. Sebaik-baiknya tidur biar cukup 8 jam. Tidur yang berkualiti adalah pada jam 10.00pm – 5.00am kerana pada masa ini badan akan bekerja untuk memperbaiki sel-sel yang rosak.



Saranan Produk Terbaik Dari Shaklee Untuk Anda:
Untuk menangani atau melambatkan proses penuaan/kedutan berlaku, saya sarankan agar menggunakan:


  1. Collagen Powder Shaklee
  2. Vivix Shaklee
  3. Vitamin E Shaklee

No comments:

Post a Comment