Thursday 24 October 2013

Adakah Badan Anda Memerlukan Supplement?

Siapa kata makanan yang anda makan setiap hari sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh? 

Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi sebenarnya ramai yang gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.


Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Namun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! 

Salah satu cara untuk memastikan tubuh kita mendapat zat dan nutrisi yang sepatutnyas ialah dengan mengambil suplemen seperti vitamin dan mineral. Ramai yang kurang peka bahawa multivitamin yang diambil setiap hari sebenarnya boleh memberi kebaikan jangka panjang. Namun begitu, anda juga perlulah memahami apakah tubuh anda perlukan dengan menganalisis tahap kesihatan anda. 

Multivitamin penting untuk tubuh
Untuk pengetahuan anda keperluan nutrien dalam badan berubah mengikut usia seseorang. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

·                     Menjaga kesihatan jantung.
·       Meningkatkan tahap tenaga
·       Meningkatkan sistem imun tubuh
·       Menguatkan tulang
·       Kesihatan mata dan penglihatan
·       Menjaga kualiti kulit sihat

Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah:

·       Wanita hamil dan menyusu anak
·       Pengamal diet yoyo
·       Perokok
·       Pengamal vegetarian
·       Pemnium alkohol yang kerap
·       Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
·       Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
·       Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.

Sebelum mula mengambil sebarang supplemen, pastikan anda terlebih dahulu merujuk kepada ahli farmasi yang bertauliah atau pun doktor untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.


Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.  


No comments:

Post a Comment