Wednesday 30 October 2013

Shaklee Energizing Soy Protein

Kelebihan ESP berbanding protein lain :

  1. Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, 
  2. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga 
  3. Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol 
  4. Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif
  5. Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. 
  6. Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. 
  7. Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. 
  8. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet


Kenapa ESP bagus untuk seisi keluarga?

Ini kerana Protein adalah asas dan makanan kepada sel. Protein penting untuk:
  • Pembentukan dan pembaharuan sel, jadi bila sel sihat dan cukup tenaga, 
  • Penyerapan nutrien adalah lebih OPTIMUM!.


Apa lagi yang mampu dilakukan oleh Shaklee ESP?

  • ESP membantu mengawal selera makan kalau nak kurus
  • ESP membantu memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari
  • ESP membantu menggebu, melicin dan menganjalkan kulit 
  • ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya..
  • ESP menguatkan rahim, untuk pembentukan otot bayi
  • ESP memelihara dan memulihara rahim.. membekalkan tenaga
  • ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu 
  • ESP membantu merawat kulit wajah



Tips Mengurangkan Berat Badan

Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat:

  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 

Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Sumber protein harian - ESP daripada Shaklee 



Sumber:http://azizie.com/tips/cara-menurunkan-berat-badan-dengan-cepat-dan-sihat

Shaklee Vita-Lea

Memilih multivitamin adalah cara terbaik untuk menyokong diet harian kerana makanan disekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.




Multivitamin Vita-lea Shaklee

Vita-Lea daripada Shaklee merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana ia mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

Shaklee  Multivitamin

- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal   bebas

- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang

- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf

- 2 kali lebih Beta karotenauntuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent

- 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat

- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang

- 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang

- 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga


Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee

Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.


Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.





Friday 25 October 2013

Shaklee Slimming Set Untuk Anda

Memperkenalkan Slimming Set Shaklee untuk anda. Set ini memang berbaloi untuk anda kerana setiap produk ini mempunyai fungsi dan kebaikan terhadap tubuh anda.



Shaklee Lecithin
Digelar “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak'. Maka, gagal lah usaha si lemak-lemak jahat ni untuk melekat pada dinding membran.


Shaklee Alfalfa Complex
Berfungsi menyahkan toksik dari badan anda.


Shaklee ESP
Membantu membekalkan tenaga serta zat protein untuk memperbaiki sistem imun dan juga pertumbuhan otot.

Vitamin C Shaklee Untuk Kesihatan Anda!


Mengapa Diet Anda Selalu Tidak Berhasil?

Anda berdiet tapi tak berhasil? Anda cuba pelbagai jenis diet tetapi anda masih gagal melawan nafsu? Berat and masih tidak turun?


Terdapat beberapa program diet yang TIDAK BERHASIL iaitu:
1. Diet Sup Kobis
Kaedah Yang Digunakan:
Ia diet ekstrim kerana boleh menurunkan berat badan secara drastik dengan hanya mengambil sup kobis selama tujuh hari. Dengan menikmati semangkuk sup  kobis dengan pilihan makanan rendah kalori ia membantu mengurangkan berat badan sebanyak 4.5kg.
Mengapa Tidak Berhasil:
Diet ini tidak disarankan kerana ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi, kekurangan vitamin dan mineral. Ia juga merosakkan keindahan rambut,kuku dan kulit.Selain itu, badan tidak akan mendapat apa-apa kalori, perut akan masuk angin kerana diet yang sangat ketat dan menganggu sistem pencernaan.
2. Diet Makanan Bayi
Kaedah yang Digunakan:
Teori diet ini menggantikan makanan yang biasa diambil kepada ukuran makanan bayi atau makanan bayi. Contohnya, makanan yang dikisar, bubur dan snek bayi. Melalui pengambilan makanan bayi, ia membantu untuk mengelak makan terlalu banyak sehinggakan anda merasa kenyang, makan dalam jumlah yang kecil.
Mengapa Tidak Berhasil:
Makanan bayi mungkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi makanan bayi tidak mampu memenuhi keperluan serat, protein, karbohidrat dan kalsium pada orang dewasa.  Walaupun cara ini tidak berbahaya pada masa akan datang tetapi kesannya boleh mengakibatkan gangguan otot tulang.
3. Diet Air
Kaedah Yang Digunakan:
Sepanjang hari, anda perlu minum air sebanyak 64 auns untuk memberikan tenaga pada badan. Malah, kita memerlukan 12 kalori pada setiap liter air. Jadi, seseorang yang melakukan diet air akan membakar kalori secara semulajadi. 
Mengapa Tidak Berhasil:
Secara teoriti, diet ini tidak masuk akal. Tidak dinafikan dengan minum air yang banyak setiap hari dapat memberikan gaya hidup yang sihat. Namun, tidak semua dapat mengikuti diet ini terutamanya pesakit jantung, ginjal dan hati kerana ia mempunyai gangguan penyimpanan cairan dan ketidakseimbangan elektrolit. 
4. Diet Coklat Susu
Kaedah Yang Digunakan:
Diet ini dilakukan dengan cara minum tiga gelas susu coklat sepanjang hari dengan pola pemakanan yang  sihat. Gabungan kalsium,vitamin D, protein, karbohidrat
dan senaman membantu seseorang tanpa perlu melakukan diet lain. Selain itu, kombinasi protein dan karbohidrat akan membantu metabolisme badan membakar
lemak.
Mengapa Tidak Berhasil: 
Tidak ada bukti menunjukkan bahawa vitamin D atau kalsium akan menyebabkan penurunan berat badan. Protein dan karbohidrat yang terdapat dalam makanan pula digunakan untuk membantu badan selepas 30 minit bersenam. 
5. Diet Rendah Karbohidrat 
Kaedah Yang Digunakan: 
Tujuan diet ini adalah memaksa badan menggunakan lemak sendiri sebagai sumber tenaga utama. Badan juga tidak banyak mengambil karbohidrat sebaliknya  diganti dengan makanan yang kaya protein. 
Mengapa Tidak Berhasil:
Beberapa orang beranggapan satu keping daging lebih baik daripada satu keping roti. Sebenarnya, pengambilan karbohidrat mestilah sesuai dengan keperluan. Bagi wanita hamil, remaja dan pesakit diabetes, berhati-hati dengan diet ini. 
Penurunan karbohidrat akan merendahkan kadar insulin.  Tetapi, ia juga boleh mengakibatkan nafas berbau, kelelahan dan rasa mual. The American Dietetic Association menyarankan mengambil 55-60% kalori dari karbohidrat.

6. Diet Paleo 
Kaedah Yang Digunakan:
Program ini berdasarkan diet kuno yang mengambil makanan seperti sayuran, kacang-kacangan, buah-buahan dan daging. Anggapan mereka bahawa masyarakat pra sejarah tidak mengalami penyakit ‘moden’ kerana kurang kalori dalam makanan. 
Mengapa Tidak Berhasil: 
Secara umumnya, badan menghadkan pengambilan makanan sehingga kekurangan susu, bijian dan kacangkacangan yang merupakan sumber nutrisi penting untuk  kesihatan badan.

7. Diet Haleluya
Kaedah Yang Digunakan: 
Mengambil 85% semua sayuran mentah dan 15% daripada makanan yang dimasak. Sayuran yang dimasak dalam bentuk kukus atau rebus. Ada juga yang memasukkan sayuran ke dalam masakan. 
Mengapa Tidak Berhasil: 
Cara ini tidak sesuai bagi anda yang bukan penggemar diet vegetarian.Kebanyakan pesakit hendaklah dipantau oleh pegawai kesihatan kerana ia boleh menjadi anemia. Mengambil sayuran mentah bukan sahaja memberi kesan kepada sistem pencernaan dan tidak ada juga bukti menunjukkan sayuran mentah sangat efektif daripada sayur yang dimasak. 

8. Diet 17 Hari
Kaedah Yang Digunakan:
Diet ini adalah untuk mengubah pola makan setiap 17 hari sebelum badan dapat menerima kebiasaan makanan yang diambil dalam menjaga metabolisme. Dimulakan dengan makanan rendah kalori. Kemudian, berubah kepada 1500 kalori per hari dan tahap ketiga makan sesuka hati pada hujung minggu.
Mengapa Tidak Berhasil:
Usah keliru dengan idea dengan tidak makan pada hari biasa, sebaliknya makan apa sahaja pada hujung minggu.
Malah, tidak ada bukti  diet ini mempercepatkan metabolisme badan. Jangan manjakan diri pada hujung minggu dan tidak salah anda mengambil sedikit makanan yang disukai setiap hari asalkan dalam hidangan yang kecil. 






Vitamin E Shaklee

Tahukah anda Vitamin E merupakan salah satu penyumbang terbesar untuk kesihatan kulit dan badan selain daripada Vitamin C?

Dapatkan Vita-E complex dari Shaklee sekarang!
10 Kebaikan kesihatan grape seed extract yang terdapat dalam Vitamin E Shaklee:
Menyingkirkan radikal bebas 
Mengurangkan radang (inflammatory) 
Membantu kesihatan otak, kulit dan mata
Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
Mencegah masalah kelenjar prostat
Melambatkan proses penuaan
Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
Membantu fungsi sistem saraf otak
Meningkatkan daya pertahanan

Vitamin E daripada Shaklee - berbaloi untuk dicuba

Tambah Berat Badan Anda Dengan Shaklee

Tambah berat badan? Sebenarnya tajuk entri ini adalah khas bagi rakan-rakan diluar sana yang mengalami masalah kurang berat badan atau dalam erti kata lain, terlalu kurus!


Namun begitu, ramai antara kita yang sudah pun memiliki berat badan ideal, tetapi masih mahu menurunkan berat badan sehingga menjadi terlalu kurus dan cengkung akibat terpengaruh dengan artis-artis 

Hollywood atau pun supermodel terkenal.
Adakah ini yang anda inginkan?


Tahukah anda, kekurangan badan sebenarnya merbahaya pada kesihatan anda?


Kesan Kekurangan Berat Badan

Berat badan yang tidak normal iaitu di bawah berat badan ideal sebenarnya (BMII < 18.5) akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius seperti :

1. KEGUGURAN DAN MASALAH KEHAMILAN (bagi ibu mengandung) : Kajian ke atas 603 wanita yang underweight menunjukkan, 72% berisiko mengalami keguguran janin semasa trimester pertama. Satu lagi kajian ke atas 943,000 wanita di Sweeden menunjukkan wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko alahan mengandung yang teruk semasa mengandung.

2. MASALAH KESUBURAN LELAKI : Penyelidik Denmark pula mendapati terdapat kaitan di antara berat badan lelaki dengan kualiti dan kuantiti sperma. Jika berat badan kurang, kuantiti sperma adalah 33% lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal.

3. MASALAH PARU-PARU : Wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah paru-paru seperti pneumonia, bronchitis dan asthma apabila usia bertambah. Penyelidik juga mendapati, wanita yang underweight mempunyai kesukaran dengan hormon pertumbuhan yang dipanggil "growth-factor". Ia menyebabkan kesihatan tisu pada paru-paru sukar untuk dikekalkan.

4. KEMALANGAN : The American Journal of Public Health menunjukkan satu kajian oleh Wisconsin Medical College ke atas 22,000 orang, lelaki yang underweight mempunyai risiko tinggi untuk mati akibat kemalangan, berbanding lelaki yang mempunyai berat badan normal/ berlebihan

5. TULANG RAPUH : Kajian menunjukkan lebih kurus seseorang wanita itu, lebih rendah kepadatan tulang mereka. Kajian ke atas 3,383 wanita underweight yang berusia menunjukkan, mereka lebih mudah mendapat keretakan tulang pinggul.

6. ARTHRITHIS : Kajian The Mayo Clinic mendapati, orang yang kurus dan underweight mempunyai lebih kesukaran jika menghidapi arthritis. Apabila arthritis berlaku, keradangan berlebihan boleh berlaku tiga kali ganda lebih di seluruh badan.

7. PENYAKIT JANTUNG : Penyelidikan mengkaji genetik 75,000 orang yang mempunyai gen kurus IRS1 mendapati mereka lebih mudah mempunyai paras lemak yang tinggi di dalam darah. Ia meningkatkan risiko penyakit jantung. Penyelidik memberi amaran, "Lemak yang disimpan di dalam badan adalah lebih berbahaya dari lemak yang tersimpan di bawah kulit"

8. DIABETES : Individu dengan gen kurus IRS1 juga adalah berisiko tinggi mendapat diabetes type 2 sebanyak 20% lebih tinggi.

9. KANSER PAYUDARA : The Karolinska Institute di Stockholm, Sweden menjalankan kajian ke atas 6,000 wanita. Mereka mendapati wanita Sweeden yang mempunyai berat yang lebih tinggi semasa muda mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap kanser payudara ketika menopause. Walaubagaimanapun, berat berlebihan semasa berusia pula meningkatkan risiko kanser payudara hingga menyebabkan kematian.

10. TEKANAN : Kajian di Sweden mendapati lelaki kurus atau underweight adalah lebih mudah mengambil keputusan membunuh diri. Meraka yang underweight mempunyai 12% lebih risiko. Meraka yang overweight pula mempunyai 12% kurang risiko membunuh diri


Namun begitu, anda boleh mengatasi masalah ini dengan mencuba Meal Shakes daripada Shaklee.
Dapatkan Meal Shakes Vanila anda sekarang!
Ia bukan sahaja membantu memberikan anda nutrien yang cukup, malah memulihkan selera makan anda. Sesuai diambil oleh mereka yang kurang berat badan dan juga mereka yang kurang selera makan.




Testimonial daripada pengguna

Testimonial daripada pengguna

Kepentingan Vitamin C Dalam Pemakanan Seharian

Ramai yang kurang peka bahawa Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. 

Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 

Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air. 

Tahukah anda kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:
  • Lemah badan
  • Sakit-sakit dan sengal badan
  • Bengkak pada gusi
  • Scurvi
  • Anemia
Oleh itu, anda haruslah memulakan pengambilan Vitamin C daripada sekarang. Salah satu produk Shaklee yang boleh anda cuba ialah Shaklee Vitamin C.





Set Ibu Mengandung Shaklee

Adakah anda sedang mengandung dan mengalami Low HB? SEMBELIT? KAKI KEJANG? STRESS? LESU? INGIN MENGUATKAN SISTEM IMUN DALAM BADAN? 


SET MENGANDUNG @ HAMIL yang membantu para bakal ibu @ ibu untuk mengatasi masalah-masalah di atas.


Set Ibu Mengandung Shaklee



Energizing Soy Protein: Untuk membekalkan tenaga & memudarkan  stretch mark
Vitalea: memenuhi nutrien dan membantu mengekalkan paras HB yang baik

B Complex: mengandungi Folic Acid untuk perkembangan bayi yang normal, elak stress

Vitamin C: sebagai sistem imun dan elak gusi berdarah

Ostematrix: elak sembelit, kaki kejang (krem), sakit-sakit belakang/pinggang

Omega: diambil sekiranya ibu dah masuk trimester kedua & ketiga. Untuk perkembangan otak bayi

Shaklee Vanila Meal Shakes

Susah untuk menelan pil? Makanan kurang menyelerakan? Anda inginkan diet harian anda mengandungi zat yang mencukupi? Cubalah Meal Shakes yang berperisa vanila daripada Shaklee ini. Ia sememangnya lazat malah dapat membantu mengenyangkan anda.


6 fakta yang anda perlu tahu tentang Shaklee Meal Shakes:


1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.







Alfalfa Shaklee


Alfalfa Sahklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Sejak dahulu lagi Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.





Keistimewaan Alfalfa Shaklee

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

Antara Manfaat Penting Alfalfa Kepada Kesihatan

1.   Membantu memperbanyakkan susu ibu - Seeloknya diambil selepas berpantang
2.   Merawat gangguan pencernaan dan masalah sembelit
3.   Mengawal kolestrol dalam darah
4.   Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.   Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.   Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.   Mengurangkan simptom menopous
8.   Meningkatkan kesihatan prostat
9.   Membantu menyahkan toksik dalam tubuh
10.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Bagaimana Kedutan Pada Wajah Terjadi?

Tahukah anda sebenarnya proses penuaan mulai berlaku pada usia 25 Tahun? 

Apabila kita ketawa, tersenyum atau mengerutkan dahi, kulit akan mengerut sedikit. Tapi sewaktu muda, garis kerutan ini tidak kelihatan ketika kita selesai ketawa, tersenyum atau berkerut kerana kulit muda masih anjal. Namun seiring dengan pertambahan usia, kulit semakin hilang keanjalan disebabkan otot di bawah kulit yang semakin lemah dan disebabkan graviti, kulit yang melekat pada otot yang lemah tadi mulai kendur.

Selain itu, faktor gaya hidup (merokok, kurang tidur, pemakanan tidak seimbang), radikal bebas dari asap kenderaan, debu, air berklorin, persekitaran dengan cuaca yang tidak menentu serta pencemaran menyumbang kepada kerosakan kulit.

Asap rokok (sendiri hisap atau kena asap rokok dari orang lain) dan juga asap-asap pencemaran yang lain, merupakan sumber radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit dan mempercepatkan proses penuaan. Jadi, pada mana-mana wanita yang tidak kelihatan berkedut sebelum waktunya bataskan pergaulan anda dengan mereka yang merokok. Walaubagaimana pun, Pencemaran dari asap kenderaan memang payah untuk dihindari terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Wanita disarankan untuk mengamalkan pemakanan seimbang. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, ambil serat, pilih makanan rendah kalori dan tidak berminyak serta berprotein tinggi. Pengambilan vitamin atau makanan tambahan untuk menjaga kecantikan dan awet muda adalah lebih baik daripada kita mengambil suntikan atau melakukan pembedahan yang menyakitkan. Suntikan seperti botox atau pembedahan plastik pula adalah sama sekali tidak digalakkan kerana kesan sampingannya pada masa hadapan amat merbahaya.

Kekurangan air juga menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Kulit kering adalah lebih cenderung untuk mudah berkedut berbanding mereka yang mempunyai kulit berminyak. Apabila usia semakin meningkat, kulit juga biasanya akan menjadi kering.

Terdedah kepada sinaran UV juga menyumbang kepada penuaan kulit. Pakailah Krim Perlindungan Kulit yang mengandungi SPF35 dan ke atas tidak kira di luar rumah mahupun di luar rumah kerana radikal-radikal bebas sentiasa ada walaupun anda berada di dalam rumah. Dan lebih teruk lagi jika anda berada di luar rumah.


Dan akhir sekali, kurang tidur juga boleh menyebabkan penuaan. Sebaik-baiknya tidur biar cukup 8 jam. Tidur yang berkualiti adalah pada jam 10.00pm – 5.00am kerana pada masa ini badan akan bekerja untuk memperbaiki sel-sel yang rosak.



Saranan Produk Terbaik Dari Shaklee Untuk Anda:
Untuk menangani atau melambatkan proses penuaan/kedutan berlaku, saya sarankan agar menggunakan:


  1. Collagen Powder Shaklee
  2. Vivix Shaklee
  3. Vitamin E Shaklee

Thursday 24 October 2013

Adakah Badan Anda Memerlukan Supplement?

Siapa kata makanan yang anda makan setiap hari sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh? 

Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi sebenarnya ramai yang gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.


Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Namun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! 

Salah satu cara untuk memastikan tubuh kita mendapat zat dan nutrisi yang sepatutnyas ialah dengan mengambil suplemen seperti vitamin dan mineral. Ramai yang kurang peka bahawa multivitamin yang diambil setiap hari sebenarnya boleh memberi kebaikan jangka panjang. Namun begitu, anda juga perlulah memahami apakah tubuh anda perlukan dengan menganalisis tahap kesihatan anda. 

Multivitamin penting untuk tubuh
Untuk pengetahuan anda keperluan nutrien dalam badan berubah mengikut usia seseorang. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

·                     Menjaga kesihatan jantung.
·       Meningkatkan tahap tenaga
·       Meningkatkan sistem imun tubuh
·       Menguatkan tulang
·       Kesihatan mata dan penglihatan
·       Menjaga kualiti kulit sihat

Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah:

·       Wanita hamil dan menyusu anak
·       Pengamal diet yoyo
·       Perokok
·       Pengamal vegetarian
·       Pemnium alkohol yang kerap
·       Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
·       Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
·       Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.

Sebelum mula mengambil sebarang supplemen, pastikan anda terlebih dahulu merujuk kepada ahli farmasi yang bertauliah atau pun doktor untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.


Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.